Kolej Kediaman Yang Dinanti-nanti


Label : , 1 komen

Biar saya mulakan bicara kali ini dengan ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya kerana akhirnya isu tentang kolej Kediaman di UteM hampir menemui titik penyelesaiannya.

Pagi tadi jam 8.30 kami barisan MPP diketuai saudara Ibrahim dan semua ahli MT kecuali saudari hasanah yang mempunyai kekangan bersama saudara Loga dan Hong Fai menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan (BLMT) antara universiti kita dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn. Bhd.



Majlis berkenaan berlangsung di Putrajaya dan juga dihadiri oleh YB Dato` Seri Mohamed Khalid bin Nordin. Universiti kita diwakili oleh N.C sendiri.

Dalam ucapan semasa majlis berkenaan, N.C memberitahu bahawa pembinaan asrama akan mengambil masa 24 bulan jika tanpa sebarang kekangan lain, InsyaAllah. Kita mengharapkan agar projek pembinaan asrama kita akan berjalan dengan lancar sepanjang 24 bulan pembinaannya.Marilah kita sama-sama berdoa agar pembinaan asrama akan siap dengan sempurna dalam waktu yang dijangkakan.

Berikut adalah sedikit spesifikasi yang dapat kami ketahui dalam majlis berkenaan :-

  1. Hostel Pelajar Jenis A (360 pelajar/blok) - 8 Blok
  2. Hostel Pelajar Jenis B (180 pelajar/blok) - 1 Blok
  3. Arked pelajar - 2 Blok
  4. Banglo Pengetua - 2 Unit
  5. Rumah Semi-D - 4 Unit

1 Response to "Kolej Kediaman Yang Dinanti-nanti"

  1. Alhamdulillah.. huhu... wpun x smpat... jadiklaaaa tuh.... esok2 aku dtg numpang mndi ke, numpang mkn ke.. huhuhu...

    tp yg pnting, jgn trlalu rushing utk siapkan hostel.. safety is always the first.. kang dlm duk mengejar due nak siapkan hostel, keselamatan bgunan letak nombor 2 plak...

    hik... gud3... i like..

Designed by TheBookish Themes
Blog templates Converted into Blogger Templates by Theme Craft